Tuesday 26 February 2013

Berkira - kira dan berkira

Berkira - kira dan berkira. Aku dapat perkataan ni sewaktu belajar di kelas Teori. Bila di lihat betapa kadangkala dalam melakukan tugasan adakalanya aku tidak ikhlas. Ya Allah ampunkan dosa - dosaku. Untuk melakukan tugas, kita boleh berkira - kira tapi jangan berkira. Maksudnya, jangan selfish seperti aku sebelum ini. Hanya kerana satu perkara, kadangkala boleh menyebabkan hilang pertimbangan sebentar.  Cuba fikirkan, kalo ada orang yang buat sesuatu yang pada kita dialah yang terbaik, janganlah berasa sakit hati sebab ada orang yang melakunya dengan lebih baik lagi. Tugas hendaklah dilakukan dengan ikhlas bukan hanya untuk mendapat anugerah. Anugerah yang di dambakan bersifat sebagai benchmark kecemerlangan kerjaya atau sekadar hendakkan glamor sahaja. Ikhlaskan lah hati ini dalam mencari keredhaan Allah S.W.T




Saturday 9 February 2013

29 tahun

Hepi birthday to myself. Rupa - rupanya sudah 29 tahun umur aku. Mudah - mudahan dengan pertambahan angka ini, akan bertambah baik akhlakku yang kadang kala terkucil - kucil . Bertambah tingkat imannya .Hopefully, I am very energetic for the whole  year and get something valuable for my life either in personal or career .



# Hepi besday jugak untuk rakan sekelas aku semasa sekolah rendah iaitu Asoi  aka Faizul yang sambut besdaynya hari ini. Dan esok untuk Faiz yg juga rakan sekolah rendah aku.

Thursday 7 February 2013

Syukur Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah. KepadaMu aku bermohon.

Ya Allah, aku pertaruhkan apa yang Engkau tahu tentang ilmu. Kembalikan ia kepaduku ketika aku berhajat kepadanya.

Itu merupakan satu doa yang biasanya aku baca selepas selesai ulangkaji pelajaran ketika menghadapi peperiksaan sejak dari sekolah menengah lagi. Bukan tujuaan untuk riak atau takabur, tapi pada aku setiap apa yang kita pelajari perlu kita mohon semula kepada Maha Pencipta semula agar apa yang kita pelajari kembali kepada kita dengan izinNya. Kerana, sebanyak mana ilmu yang kita pelajari, ulangkaji untuk menghadapi peperiksaan tidak akan dapat kita ingati semuanya tanpa izinNya.

Pagi tadi, keputusan periksa semester 1 telah keluar. Pergh, nervous giler aku dibuatnya. Berjaya ke tidak? Macam2x benda yang berputar2x di kepala aku ni. Maklumlah baru semester 1 dan dah lama  tak belajar.
Hasilnya, seperti yang aku kata. Syukur Alhamdulillah atas nikmat dan rezki yang dikurniakannya.


Terima kasih Allah S.W.T atas pemberianmu ini, terima kasih emak yang banyak membantu dan mendoakan serta memberi duit tambang minyak nak pergi U sebab kadang - kadang terkucil duit, ingatan kasih, semangat arwah abah yang sejak hidup tidak putus putus menggalakkan aku untuk menimba ilmu, dan terima kasih buat  rakan2x yang sudi berdiskusi bersama terutama kak Hasmaliyah yang riang dan baik hati.

Semoga semester baru ini, keputusanku akan lebih cemerlang. Mudah - mudahan apa yang kupinta 5 tahun lepas dapat terlaksana. Membuatkan diriku sentiasa bermuhasabah dan bersangka baik bahawa perancangan Allah adalah terbaik. Kerana, hanya Dia sahaja yang mengetahui perkara - perkara ghaib sedangkan hambanya tidak.


Wednesday 6 February 2013

Untuk Hari Ini di Pagi Rabu



Untuk berubah menjadi lebih baik, aku perlu berubah. Jadi aku mahu bermula daripada berlapang dada. Memaafkan kesalahan orang lain iaitu tidak mahu berdendam atau menyakiti hati orang lain samaada melalui lisan atau bukan lisan. Ampunilah dosa - dosa ku. Muda - mudahan, orang - orang yang pernah aku sakiti hati mereka juga sudi memaafkan setiap kesalahanku.