Thursday 7 February 2013

Syukur Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah. KepadaMu aku bermohon.

Ya Allah, aku pertaruhkan apa yang Engkau tahu tentang ilmu. Kembalikan ia kepaduku ketika aku berhajat kepadanya.

Itu merupakan satu doa yang biasanya aku baca selepas selesai ulangkaji pelajaran ketika menghadapi peperiksaan sejak dari sekolah menengah lagi. Bukan tujuaan untuk riak atau takabur, tapi pada aku setiap apa yang kita pelajari perlu kita mohon semula kepada Maha Pencipta semula agar apa yang kita pelajari kembali kepada kita dengan izinNya. Kerana, sebanyak mana ilmu yang kita pelajari, ulangkaji untuk menghadapi peperiksaan tidak akan dapat kita ingati semuanya tanpa izinNya.

Pagi tadi, keputusan periksa semester 1 telah keluar. Pergh, nervous giler aku dibuatnya. Berjaya ke tidak? Macam2x benda yang berputar2x di kepala aku ni. Maklumlah baru semester 1 dan dah lama  tak belajar.
Hasilnya, seperti yang aku kata. Syukur Alhamdulillah atas nikmat dan rezki yang dikurniakannya.


Terima kasih Allah S.W.T atas pemberianmu ini, terima kasih emak yang banyak membantu dan mendoakan serta memberi duit tambang minyak nak pergi U sebab kadang - kadang terkucil duit, ingatan kasih, semangat arwah abah yang sejak hidup tidak putus putus menggalakkan aku untuk menimba ilmu, dan terima kasih buat  rakan2x yang sudi berdiskusi bersama terutama kak Hasmaliyah yang riang dan baik hati.

Semoga semester baru ini, keputusanku akan lebih cemerlang. Mudah - mudahan apa yang kupinta 5 tahun lepas dapat terlaksana. Membuatkan diriku sentiasa bermuhasabah dan bersangka baik bahawa perancangan Allah adalah terbaik. Kerana, hanya Dia sahaja yang mengetahui perkara - perkara ghaib sedangkan hambanya tidak.


No comments:

Post a Comment