Thursday 15 August 2013

Ada Apa Dengan Hari Raya?

Selamat Hari Raya Buat Semua Muslimin dan Muslimat.

Raya tahun ni. Apa yang istimewanya. Pada aku sama saja. Tak da perubahan yang ketara.
Raya tahun ni, masa hari pertama. Kalau orang sakan berhari raya dengan baju raya. Aku dengan selekehnya berbaju tshirt dan seluar trek sepanjang hari sambil melayan budak - budak berhari raya dan menonton cerita omputih. Bukanlah tak der menonton citer melayu, tapi rasanya lagi syiok menonton citer omputih.  Kami dua beranak tengok TV . Nak berjalan malas la pulak. Raya kedua dan ketiga pulak, barulah kesuraman rumah beransur - ansur hilang apabila rumah  dipenuhi dengan sedara mara. Mokcik dan pokcik tidur dirumah.  Masak - memasak adalah perkara biasa walaupun kurang meriah sikit dari yang lepas. Tetapi masih lagi bersyukur. Dalam menyambut kegembiraan, masih ada lagi yang berada dalam kesedihan. Pak busu aku berada dalam kesedihan disebabkan isterinya yang sakit. Mudah - mudahan makcik Kathy cepat sembuh.

Hari Raya ni, ada lagi yang bertanya dengan aku pasal jodoh. Da macam soalan favourite setiap tahun. Aku pun tak tahu nak jawab macam mana. Yer la, nak jawab macam mana, sebab aku tak da calon lagi. Sepupu aku kata aku memilih sangat. Pada aku bukan memilih sangat, cuma berhati - hati. Yer la, aku sendiri pun banyak yang tak betul daripada betul, jadi kalo boleh hendaklah mencari yang boleh membimbing aku ke jalan yang betul.  Sepupu arwah abah pula kata, kalo aku terima pinangan kawan suaminya dulu konfirm da kahwin sebab mamat tu dah kahwin. Apa yang aku boleh jawab hanhyalah tersengih lebarrrrrrrr sahaja.  Maknanya tu tak ada rezki la. Mungkin bukan jodoh kita la tu. Ye lar, masa tu hati aku kuat pada sapa tah. Lagipun aku pun tak pasti aku ni serius ke tak nak kawen. Mengong - mengong.  Aku ni bukan betul pun, pernah dulu sanggup basuh baju dalam bilik air lama - lama sebab tak nak keluar bila tau ada makcik sedara aku nak kenen - kenenkan dengan anaknya.  Tahun ni, nasib baik aku tak buat perangai duduk lama - laama kat dapur bila sepupu mak aku lagi sorang datang.  Menakutkan jugak, tetapi bantai jer selamba. Nama pun sedara. Dan akhirnya pakcik aku  bila dia kata da ready untuk sign surat untuk wali. Huarghhh, dah dua tahun berturut - turut dia cakap ni.Sori Pak Min, anak sedaramu ni tak jumpa lagi calonnya.


Raya ni jugak aku kemaruk  belajar pasal company. Masa pergi talk di bulan puasa, nampak macam faham sangat sangat hampir 70%. Apabila pergi ke arah yang real, nampak sangat tak faham - faham. Cuba dan terus cuba. Cuma apa yang aku boleh katakan, sebenarnya aku menyessal kerana tidak mengumpul harta  sejak abis belajar seusia 24 tahun. Rugi 6 tahun, Harta pun tarak. Baru nak belajar cuba nasib. Tak per, mudah  - mudahan di bulan yang mulia ini aku akan dapat bermula mengumpul sedikit demi sedikit kekayaan dan menjadi seorang yang kaya dan berjaya.Aminnnnn.

Aku jugak berharap, mudah - mudahan amalan ku dibulan puasa di terima Allah S.W.T dan mudah - mudahan aku bertemu dengan malam Lailatulqadar. Harap - harap salah satu hari yang aku buru itu ada malam Lailatulqadar. Dan mudah - mudahan aku dapat bertemu jodoh. Sebabnya, aku teringin nak menunaikan umrah dan kalo hendak menunaikan umrah perlu ada mahram . Dah tak boleh pakai gantung - gantung lagi. Mudah - mudahan impian aku utuk menunaikan umrah di bulan puasa dan menyambut aidilfitri akan dikabulkan Allah S.W.T. Tiadak kiralah bila waktunya, tapi itu memang satu dari wishlist aku. Kalo da kaya, tiap tiap tahun mahu pergi. Lagi best dapat duduk sana samaada di Makkah atau Madinah.

### Pssttt ,,,, raya ni aku tak amik gambo. moood kureng.  Huarghhhhh

Yeay yeay, akhirnya da pandai buat ketupat. 3 tahun belajar


Aku dan mak sibuk mengayam ketupat, si comot sibuk
baring atas langsir. 

Dentam - dentum rayer kedua kat umah jiran
Aku tumpang amik gambao

Comot membute sakan  lepas lepas semua orang balik.
Penakut betul , semua orang balik. Dia pun balik umah.
Elok jer kete mak busu lepas kuar pagar umah, comot
mengiau panjat pagar belakang nak masuk kawasan
.










No comments:

Post a Comment