Wednesday 4 September 2013

Tinggal Kenangan

Hari ini, merupakan hari kedua makcik Kathy meninggalkan dunia yang fana ini. Pak Busu aku telah kehilangan isteri tercinta setelah lebih kurang 3 bulan bertarung nyawa dengan kanser. Walaupun, arwah hadir dalam keluarga kami dalam masa yang tidak lama iaitu lebih kurang 3 tahun.Tapi, banyak kenangan yang ditinggalkan. Cuma, aku berasa ralat kerana tidak dapat menghadiri pengebumiannya kerana ada taklimat. Cuma mak dan pakcik2x dan makcik2x aku yang pergi ke Pekan. Semoga Pak Busu aku tabah menghaapinya  . Semoga arwah makcik Kathy aku ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman dan diampun dosanya. Al fatihah

No comments:

Post a Comment