Thursday 10 October 2013

Di Persimpangan Dilema

Nasib - nasib. Sedih pun ada. Nak sangat pergi menuntut elmu. Tapi tarikhnya sudah bertukar. Masalahnya tarikh untuk menuntut elmu tu sudah sama tarikh dengan tarikh aku mahu pergi berjimba - jimba. Aku baru berniat mahu membersihkan kolam aku. Tapi nampak ghayernya tak ade rezeki. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Dah la hari lain aku susah nak keluar. Agaknya inilah kifarah dosa aku. Sebabnya aku tengah bengkak dengan seorang hamba  ni. Buat masa sekarang ni, aku tak nak maafkan dan halalkan apa - apa saja pada dia . Agaknya sampai aku mati.  GTH larrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Tuesday 1 October 2013

Zakat


""Nak buat potongan zakat ke tak?"   " Eh, nantilah, tak sempat lah"  " Bayar sendiri jer, sama jer kalau kita bersedekah"   " Tak der masa lah nak pergi ke pejabat agama ambil borang"   Dan ada banyak lagi perkara remeh temeh yang selalu keluar dari mulut aku ni. 
                                                     

 Sebelum ini tidak pernah membuat potongan. Betapa ruginya aku selama ini tidak menyucikan pendapatan aku.  Di sini, aku mahu sharekan apa yang aku rasa. Sebelum membuat potongan zakat ini, aku rasa setiap bulan selepas dapat gaji , aku akan rasa seperti cacing kepanasan memikirkan cara menguruskan kewangan aku. Macam chipsmore dibuatnya. Walaupun pemotongan simpanan telah dibuat, aku masih rasa gelisah. 

                                         

Alhamdulillah.  Masuk bulan ke - 2 aku  membuat potongan bayaran zakat. Aku dapat rasakan suatu perubahan bermula bulan lepas. Walaupun wang gaji aku boleh dikatakan agak kering jugaklah, tapi aku masih lagi relaks. Rezki ada jer yang datang. Kata orang, macam nak putus tapi belum putus lagi ( bukan tujuan riyak, tapi itulah aku rasakan).   
                                              
Disamping itu juga, pada aku ilmu pengurusan  perlu ada pada kita. Ada sesetengah orang memang pandai menguruskan kewangan, macam sepupu aku, Yan. Aku tabik spring kuasa 3 kat dia dalam pengurusan kewangan. Suami isteri bijak mencari wang. Aku pula baru terkedek kedek untuk menampal mana - mana kebocoran. Alhamdulillah, berkat pergi menuntut ilmu dengan izin mak aku. boleh jugak aku memperbaiki cash flow aku. Cuma , rasa agak terkilan sebab lambat bermula.



Azam dan target aku untuk BULAN OKTOBER NI
----> Simpan duit syiling dalam tabung  kereta mainan aku
----> Kalau korang selalu dengar 1 Malaysia, aku nak 1 HARI = 1 HENGGET
-----> Cuba rajinkan tangan untuk bersedekah 1 HARI = 1 HENGGET
----->Kurangkan belanja makan diluar, nampak ghayer minggu depan kena start puasa . InsyaAllah. Aku pilih minggu depan sebab biarlah rahsia.
-----> Mulakan semula sembahyang dhuha, bacaan al - waqiah, selawat 1000kali sehari, solat hajat dan tahajud yang telah lama aku bye bye
----->Sebulan sekali merajinkan diri mewakafkan saham untuk diriku,mak dan abah.