Thursday 16 May 2013

Sajak Hari Guru

Sajak yang biasa kita dengar sempena  Hari Guru adalah Guru Oh Guru. Aku gugel, terjumpa jugak la sajak lain.  Dan aku edit backgroundnya. Maka terhasillah


SELAMAT HARI GURU UNTUK EMAK, ARWAH ABAH, CIKGU - CIKGU AKU DARI SEKOLAH TADIKA, SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH MENENGAH, MAKTAB, UNIVERSITI

Tanpa tunjuk ajar kalian yang bergelar cikkguuu, siapalah aku. Tunjuk ajarku sifuuuuuuuuuuuu.

Ragam Kartun Hari Guru






























Ni semua gambo aku gugel kat GOOGLE. Sebagai seorang guru, tidak semua yang diperkatakan oleh lawak - lawak kartun ni betul. Kadangkala, hanya disebabkan oleh seorang, semua imej negatif terpalit pada guru - guru. Ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga... Kerana, kita tidak akan jadi terus pandai tanpa bimbingan guru. Doa ibu bapa dan seterusnya dengan kuasa Allah S.W.T.

Walau setinggi mana pangkat atau kekayaan yang dimiliki, kita mestilah


Ceritera Sempena Hari Guru : Jangan Berhutang!!!!



Kalau dalam kajian ada praujian dan post ujian. Tidak terkecuali juga dengan sambutan hari guru. Inikalilah...... Alkisahnya, hari Selasa , 14 Mei 2013. Aku telah menghadiri satu forum bicara tokoh guru. Di situ jugak barulah aku tahu tahun ni tema hari guru adalah  Guru Malaysia:  1 Aspirasi , 1 Agenda. 




Ahli forum terdiri daripada tokoh - tokoh guru . Dua daripada tiga tokoh guru tu pernah aku dengar namanya. Satu daripada cikgu tuisyen Matematik aku. Citernya begini. Untuk ingat rumus  Teorem Phytogoras,




cikgu aku telah memudahkan kami semua dengan satu formula Kusaini Bin Hasbulah, Suka Tembak Harimau, Tetapi Takut Bini.  K mewakili kos, S mewakili sin, T mewakili tangen.  Rumus tu lah memudahkan aku mengingat rumus dan Alhamdulillah sampai sekarang. 

Ahli forum kedua pulak, aku pernah dengar namanya daripada mak aku. Mak aku penah cakap yang cikgu ni seorang ulat buku. Pergi berjalan ke mana - mana, pasti ada buku di dalam bonet keretanya. Beliau jugak pandai menarik minat guru - guru untuk mendengar dan fokus kepada perbualan pengalaman dan pandangan yg diberikan.

Ahli forum yang ketiga pulak, adalah bekas pengetua. Puan ni pun jugak best jugak. Ala - ala bonda gitu.


Sepanjang forum itu, aku dapat simpulkan dan perhatikan ( untuk dijadikan panduan kepada diri aku jer ni); kerjalah seikhlas hati kerana kalau bukan kita yang mendapat ganjarannya dalam bentuk material , pasti ganjaran itu akan hadir dalam bentuk yang lain seperti anak - anak yang berjaya, kesihatan yang baik. Ini aku dapat perhatikan di mana, kesemua ahli forum sihat walafiat walaupun ada diantaranya sudah berumur 74 tahun kalo aku tidak silap. Puan pengetua pun umurnya 63 tahun, tetapi macam umur orang yang 40an gituuuuu.

Apabila direnung, banyaknya kekhilafan diri ini dalam melakukan tugas. Macammana aku nak hapuskannnn. Arghhhhhhh menakutkannnyyaaa.  Ya Allah, janganlah Engkau biarkan diri ini terus menerus melakukan dosa yang sama berulang kali. 


"Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas." ( petikan hadis)


Dan juga untuk panduan diri sendiri jugak yang aku petik kata daripada ahli forum Cikgu Sapian ini.

JANGAN BERHUTANG
iaitu
JANGAN BERHUTANG DENGAN ALLAH 
 macam2x dosa ada nih
JANGAN BERHUTANG DENGAN GURU BESAR / PENGETUA
(tugasan yang diamanahkan kepada ku
JANGAN BERHUTANG DENGAN MURID 
 cukup ker waktu aku mengajar anak - anak murid ku ini. ada masanya diri ini terlewat masuk kelas..
JANGAN BERHUTANG DENGAN TUGAS  
tugas yang diamanahkan kadangkala tidak dilaksanakan sebaik mungkin
JANGAN BERHUTANG KEPADA IBU BAPA 
(pengharapan ibu bapa terhadap anaknya. sudah berjayakah aku mendidik anak mereka??


Sesungguhnya aku berharap akan dapat menjadi seperti mereka. Walaupun telah bersara. Tetapi masih lagi diberi kesihatan yang baik. Kalimah "cikgu"c"cekgu" itu terlalu indah. Tanpa guru siapalah aku.


Sunday 5 May 2013

Jantungku Kira Undi



Kira. jangan tak kira undi. Jangan ngelat 

* gambar cilok dari tenet


Sabarrrrrr. Siapa menang. Calon pilihan saya atau sebaliknya. Dup dap.. Dup dap. Sakit jantung aku dibuatnyerrrrrrrrrrrrr


Sekitar Proses Mengundi Dari Sudut Pandanganku

Bahagian atas , saluran 3 untuk pengundi muda. Jumlah yang datang agak memberangsangkan

Saluran 1 untuk warga emas juga ramai. Ternyata, walaupun ada diantaranya  berada di dalam keadaan uzur, tetapi semangat untuk mengundi tetap membara. Undi parti apa? aku pun tak tahu mereka undi ape. Seperti biasa ianya melibatkan pertembungan antara calon BN dengan PAS.

Mari - mari. Semak nama anda di kaunter daftar pemilih. Saya sedia membantu

SPR mengeluarkan air mineral. Hilang jugak haus

Wakil pemerhati dari parti. 

Dia sudah undi. Tunjuk jari sambil tunjuk cincin yang berwarna kuning tuuuuuuu.


Amoi dari parti. Yang ..............


Suasana selepas hujannn


Kami yang bertugas sebagai kerani penyemak daftar pemilih

Alhamdulillah tugas yang diamanahkan sebagai petugas SPR dapat dilaksanakan dengan baik. Cuma, secara peribadi aku berpendapat SPR patut memberi taklimat pada saat akhir tantang prosedur - prosedur yang perlu dipatuhi. Tujuaanya untuk memastikan tiada kesilapan berlaku terutama sekali pada mereka yang baru bertugas kali pertama. Dan janganlah mereka yang ditanggungjawabkan untuk laksana tugas, jalankan tugas sambiil lewa, setakat dudud.pengundi lalu buat dekk jer.. Bukan ape, kita dibayar untuk melakukan tugas itu.  

Dan syukur tiada kekecohan yang berlaku. cuma ada 1 jer insiden dimana ada satu anak muda yang begitu bersemangat hadir ke tempat mengundi memakai baju UBAH. Dan akhirnya, terpaksalah mengubah bajunya dari UBAH kepada kemeja. Siap kol SPR tanya mcm2xx.

Dan seharusnya dipuji kepada satu kakak ini, yang tahu haknya sebagai pengundi supaya tidak diperlekehkan haknya.

Dan untuk diriku yang sudah mengundi awal secara pos . SELESAI SUDAH TANGGUNGJAWAB MENGUNDI. SEKARANG TUNGGU  PARTI MANAKAH YANG MENANG...

Saturday 4 May 2013

Undi Dacing ker Bulan

Huhu. First time aku mengundi. Kalo orang lain baru hari esok mengundi. Aku pulak da selamat mengundi. Sebabnya.............................. aku menjadi petugas SPR. Cuma aku dapati kali ini pilihanraya amat sengit. Golongan muda Barisan dengan fahamannya, Golongan muda Pakatan Rakyat dengan fahamannya.  Nak sokong yang mana satu. Hurmmmmmmmmm..... tettttt.... rahsia... cuma pada aku pilihlah berdasarkan akal fikiran yang waras. Bukannya dipengaruhi oleh hati yang panas dan gerammmmm....
........Lainkalilah vs Inikalilah....... 


Cer teka: Sape Perdana Menteri Malaysia??????


Warga Johor, jangan lupe pulang mengundi. Tunaikan tanggungjawab anda. Mari mengundi.!!!!!!!!!!!!!!!!