Thursday 16 May 2013

Ceritera Sempena Hari Guru : Jangan Berhutang!!!!



Kalau dalam kajian ada praujian dan post ujian. Tidak terkecuali juga dengan sambutan hari guru. Inikalilah...... Alkisahnya, hari Selasa , 14 Mei 2013. Aku telah menghadiri satu forum bicara tokoh guru. Di situ jugak barulah aku tahu tahun ni tema hari guru adalah  Guru Malaysia:  1 Aspirasi , 1 Agenda. 




Ahli forum terdiri daripada tokoh - tokoh guru . Dua daripada tiga tokoh guru tu pernah aku dengar namanya. Satu daripada cikgu tuisyen Matematik aku. Citernya begini. Untuk ingat rumus  Teorem Phytogoras,




cikgu aku telah memudahkan kami semua dengan satu formula Kusaini Bin Hasbulah, Suka Tembak Harimau, Tetapi Takut Bini.  K mewakili kos, S mewakili sin, T mewakili tangen.  Rumus tu lah memudahkan aku mengingat rumus dan Alhamdulillah sampai sekarang. 

Ahli forum kedua pulak, aku pernah dengar namanya daripada mak aku. Mak aku penah cakap yang cikgu ni seorang ulat buku. Pergi berjalan ke mana - mana, pasti ada buku di dalam bonet keretanya. Beliau jugak pandai menarik minat guru - guru untuk mendengar dan fokus kepada perbualan pengalaman dan pandangan yg diberikan.

Ahli forum yang ketiga pulak, adalah bekas pengetua. Puan ni pun jugak best jugak. Ala - ala bonda gitu.


Sepanjang forum itu, aku dapat simpulkan dan perhatikan ( untuk dijadikan panduan kepada diri aku jer ni); kerjalah seikhlas hati kerana kalau bukan kita yang mendapat ganjarannya dalam bentuk material , pasti ganjaran itu akan hadir dalam bentuk yang lain seperti anak - anak yang berjaya, kesihatan yang baik. Ini aku dapat perhatikan di mana, kesemua ahli forum sihat walafiat walaupun ada diantaranya sudah berumur 74 tahun kalo aku tidak silap. Puan pengetua pun umurnya 63 tahun, tetapi macam umur orang yang 40an gituuuuu.

Apabila direnung, banyaknya kekhilafan diri ini dalam melakukan tugas. Macammana aku nak hapuskannnn. Arghhhhhhh menakutkannnyyaaa.  Ya Allah, janganlah Engkau biarkan diri ini terus menerus melakukan dosa yang sama berulang kali. 


"Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas." ( petikan hadis)


Dan juga untuk panduan diri sendiri jugak yang aku petik kata daripada ahli forum Cikgu Sapian ini.

JANGAN BERHUTANG
iaitu
JANGAN BERHUTANG DENGAN ALLAH 
 macam2x dosa ada nih
JANGAN BERHUTANG DENGAN GURU BESAR / PENGETUA
(tugasan yang diamanahkan kepada ku
JANGAN BERHUTANG DENGAN MURID 
 cukup ker waktu aku mengajar anak - anak murid ku ini. ada masanya diri ini terlewat masuk kelas..
JANGAN BERHUTANG DENGAN TUGAS  
tugas yang diamanahkan kadangkala tidak dilaksanakan sebaik mungkin
JANGAN BERHUTANG KEPADA IBU BAPA 
(pengharapan ibu bapa terhadap anaknya. sudah berjayakah aku mendidik anak mereka??


Sesungguhnya aku berharap akan dapat menjadi seperti mereka. Walaupun telah bersara. Tetapi masih lagi diberi kesihatan yang baik. Kalimah "cikgu"c"cekgu" itu terlalu indah. Tanpa guru siapalah aku.


No comments:

Post a Comment