Thursday 10 October 2013

Di Persimpangan Dilema

Nasib - nasib. Sedih pun ada. Nak sangat pergi menuntut elmu. Tapi tarikhnya sudah bertukar. Masalahnya tarikh untuk menuntut elmu tu sudah sama tarikh dengan tarikh aku mahu pergi berjimba - jimba. Aku baru berniat mahu membersihkan kolam aku. Tapi nampak ghayernya tak ade rezeki. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Dah la hari lain aku susah nak keluar. Agaknya inilah kifarah dosa aku. Sebabnya aku tengah bengkak dengan seorang hamba  ni. Buat masa sekarang ni, aku tak nak maafkan dan halalkan apa - apa saja pada dia . Agaknya sampai aku mati.  GTH larrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Tuesday 1 October 2013

Zakat


""Nak buat potongan zakat ke tak?"   " Eh, nantilah, tak sempat lah"  " Bayar sendiri jer, sama jer kalau kita bersedekah"   " Tak der masa lah nak pergi ke pejabat agama ambil borang"   Dan ada banyak lagi perkara remeh temeh yang selalu keluar dari mulut aku ni. 
                                                     

 Sebelum ini tidak pernah membuat potongan. Betapa ruginya aku selama ini tidak menyucikan pendapatan aku.  Di sini, aku mahu sharekan apa yang aku rasa. Sebelum membuat potongan zakat ini, aku rasa setiap bulan selepas dapat gaji , aku akan rasa seperti cacing kepanasan memikirkan cara menguruskan kewangan aku. Macam chipsmore dibuatnya. Walaupun pemotongan simpanan telah dibuat, aku masih rasa gelisah. 

                                         

Alhamdulillah.  Masuk bulan ke - 2 aku  membuat potongan bayaran zakat. Aku dapat rasakan suatu perubahan bermula bulan lepas. Walaupun wang gaji aku boleh dikatakan agak kering jugaklah, tapi aku masih lagi relaks. Rezki ada jer yang datang. Kata orang, macam nak putus tapi belum putus lagi ( bukan tujuan riyak, tapi itulah aku rasakan).   
                                              
Disamping itu juga, pada aku ilmu pengurusan  perlu ada pada kita. Ada sesetengah orang memang pandai menguruskan kewangan, macam sepupu aku, Yan. Aku tabik spring kuasa 3 kat dia dalam pengurusan kewangan. Suami isteri bijak mencari wang. Aku pula baru terkedek kedek untuk menampal mana - mana kebocoran. Alhamdulillah, berkat pergi menuntut ilmu dengan izin mak aku. boleh jugak aku memperbaiki cash flow aku. Cuma , rasa agak terkilan sebab lambat bermula.



Azam dan target aku untuk BULAN OKTOBER NI
----> Simpan duit syiling dalam tabung  kereta mainan aku
----> Kalau korang selalu dengar 1 Malaysia, aku nak 1 HARI = 1 HENGGET
-----> Cuba rajinkan tangan untuk bersedekah 1 HARI = 1 HENGGET
----->Kurangkan belanja makan diluar, nampak ghayer minggu depan kena start puasa . InsyaAllah. Aku pilih minggu depan sebab biarlah rahsia.
-----> Mulakan semula sembahyang dhuha, bacaan al - waqiah, selawat 1000kali sehari, solat hajat dan tahajud yang telah lama aku bye bye
----->Sebulan sekali merajinkan diri mewakafkan saham untuk diriku,mak dan abah.


 
 











                                                             



Wednesday 4 September 2013

Tinggal Kenangan

Hari ini, merupakan hari kedua makcik Kathy meninggalkan dunia yang fana ini. Pak Busu aku telah kehilangan isteri tercinta setelah lebih kurang 3 bulan bertarung nyawa dengan kanser. Walaupun, arwah hadir dalam keluarga kami dalam masa yang tidak lama iaitu lebih kurang 3 tahun.Tapi, banyak kenangan yang ditinggalkan. Cuma, aku berasa ralat kerana tidak dapat menghadiri pengebumiannya kerana ada taklimat. Cuma mak dan pakcik2x dan makcik2x aku yang pergi ke Pekan. Semoga Pak Busu aku tabah menghaapinya  . Semoga arwah makcik Kathy aku ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman dan diampun dosanya. Al fatihah

Wednesday 28 August 2013

Keputusan Yang Tidak Bijak

Hari ni, aku belajar satu perkara yang telah diajar oleh TH Asri. Emosi amat penting dalam buat keputusan. Hari ni, apabila aku mempunyai sifat kelam kabut, maka aku telah membuat keputusan yang agak bangang. Tapi, aku akan pastikan ianya kali pertama dan akhir. Duit tidak boleh dialirkan keluar sesuka hati tetapi mampu membantu aku menjana sesuatu. Mungkin Allah nak tunjukkan jangan terlalu lupa pada penciptaNya

Thursday 15 August 2013

Ada Apa Dengan Hari Raya?

Selamat Hari Raya Buat Semua Muslimin dan Muslimat.

Raya tahun ni. Apa yang istimewanya. Pada aku sama saja. Tak da perubahan yang ketara.
Raya tahun ni, masa hari pertama. Kalau orang sakan berhari raya dengan baju raya. Aku dengan selekehnya berbaju tshirt dan seluar trek sepanjang hari sambil melayan budak - budak berhari raya dan menonton cerita omputih. Bukanlah tak der menonton citer melayu, tapi rasanya lagi syiok menonton citer omputih.  Kami dua beranak tengok TV . Nak berjalan malas la pulak. Raya kedua dan ketiga pulak, barulah kesuraman rumah beransur - ansur hilang apabila rumah  dipenuhi dengan sedara mara. Mokcik dan pokcik tidur dirumah.  Masak - memasak adalah perkara biasa walaupun kurang meriah sikit dari yang lepas. Tetapi masih lagi bersyukur. Dalam menyambut kegembiraan, masih ada lagi yang berada dalam kesedihan. Pak busu aku berada dalam kesedihan disebabkan isterinya yang sakit. Mudah - mudahan makcik Kathy cepat sembuh.

Hari Raya ni, ada lagi yang bertanya dengan aku pasal jodoh. Da macam soalan favourite setiap tahun. Aku pun tak tahu nak jawab macam mana. Yer la, nak jawab macam mana, sebab aku tak da calon lagi. Sepupu aku kata aku memilih sangat. Pada aku bukan memilih sangat, cuma berhati - hati. Yer la, aku sendiri pun banyak yang tak betul daripada betul, jadi kalo boleh hendaklah mencari yang boleh membimbing aku ke jalan yang betul.  Sepupu arwah abah pula kata, kalo aku terima pinangan kawan suaminya dulu konfirm da kahwin sebab mamat tu dah kahwin. Apa yang aku boleh jawab hanhyalah tersengih lebarrrrrrrr sahaja.  Maknanya tu tak ada rezki la. Mungkin bukan jodoh kita la tu. Ye lar, masa tu hati aku kuat pada sapa tah. Lagipun aku pun tak pasti aku ni serius ke tak nak kawen. Mengong - mengong.  Aku ni bukan betul pun, pernah dulu sanggup basuh baju dalam bilik air lama - lama sebab tak nak keluar bila tau ada makcik sedara aku nak kenen - kenenkan dengan anaknya.  Tahun ni, nasib baik aku tak buat perangai duduk lama - laama kat dapur bila sepupu mak aku lagi sorang datang.  Menakutkan jugak, tetapi bantai jer selamba. Nama pun sedara. Dan akhirnya pakcik aku  bila dia kata da ready untuk sign surat untuk wali. Huarghhh, dah dua tahun berturut - turut dia cakap ni.Sori Pak Min, anak sedaramu ni tak jumpa lagi calonnya.


Raya ni jugak aku kemaruk  belajar pasal company. Masa pergi talk di bulan puasa, nampak macam faham sangat sangat hampir 70%. Apabila pergi ke arah yang real, nampak sangat tak faham - faham. Cuba dan terus cuba. Cuma apa yang aku boleh katakan, sebenarnya aku menyessal kerana tidak mengumpul harta  sejak abis belajar seusia 24 tahun. Rugi 6 tahun, Harta pun tarak. Baru nak belajar cuba nasib. Tak per, mudah  - mudahan di bulan yang mulia ini aku akan dapat bermula mengumpul sedikit demi sedikit kekayaan dan menjadi seorang yang kaya dan berjaya.Aminnnnn.

Aku jugak berharap, mudah - mudahan amalan ku dibulan puasa di terima Allah S.W.T dan mudah - mudahan aku bertemu dengan malam Lailatulqadar. Harap - harap salah satu hari yang aku buru itu ada malam Lailatulqadar. Dan mudah - mudahan aku dapat bertemu jodoh. Sebabnya, aku teringin nak menunaikan umrah dan kalo hendak menunaikan umrah perlu ada mahram . Dah tak boleh pakai gantung - gantung lagi. Mudah - mudahan impian aku utuk menunaikan umrah di bulan puasa dan menyambut aidilfitri akan dikabulkan Allah S.W.T. Tiadak kiralah bila waktunya, tapi itu memang satu dari wishlist aku. Kalo da kaya, tiap tiap tahun mahu pergi. Lagi best dapat duduk sana samaada di Makkah atau Madinah.

### Pssttt ,,,, raya ni aku tak amik gambo. moood kureng.  Huarghhhhh

Yeay yeay, akhirnya da pandai buat ketupat. 3 tahun belajar


Aku dan mak sibuk mengayam ketupat, si comot sibuk
baring atas langsir. 

Dentam - dentum rayer kedua kat umah jiran
Aku tumpang amik gambao

Comot membute sakan  lepas lepas semua orang balik.
Penakut betul , semua orang balik. Dia pun balik umah.
Elok jer kete mak busu lepas kuar pagar umah, comot
mengiau panjat pagar belakang nak masuk kawasan
.










Monday 5 August 2013

Kisah hari ini

Penatnyer aku menunggu cermin kereta siap.semalam cermin kereta sivivato mummy ku pecah dek terkena batu. Apapun kami redha. Pasti ada hikmahnyer. Dan ari ni aku belajar sesuatu. Macam dalam pasaran saham pulak. Apabila timbul krisis contohnya macam sambutan hari raya. Harga barang akan naik. Kalo terdesak kena beli jugak walaupun akan merungut. Situasi yang sama seperti harga cermin keta. Mahal gamaknyer. RM 150.

Tuesday 16 July 2013

Mulakan Hari Ini Dengan ?

Bismillahirahmanirrahim


Mulakan hari yang penuh kesyukuran ini dengan SENYUMANN YANG PALING TERMANIS SEKALI ( confirm tatabahasa salah)