Wednesday 26 June 2013

Mood aku semalam



Huhu. Semalam etang. mood aku  betul - betul terganggu. Banyak benda yang aku fikir. Dari sekecil - kecil perkara hingga sebesar - besar perkara.   Kadang - kadang membuatkan  aku terfikir mampukah aku menghadapinya seorang diri. Untuk bercerita pada orang, itu bukan aku. Cuma aku berharap takdir masih menyebelahi diri aku.

Friday 21 June 2013

Pengumuman untuk hari ini...Ohhh Yeayyyyyyyyyy


"PENTING dan SEGERA, P'gtua & GB Arahan MTN, melalui Pjbt Daerah & JPNJ, MENGARAH SEMUA SEK MELAKSANA CUTI BERGANTI pd 21.6.2013, Jumaat,sila maklumkan kepada JAGA,GPK1,HEM DAN KOKO agar MEMSTIKAN KEPULANGAN pelajar apabila pelajar smpai ke sek pagi ini"

Jadi, hari ni cutiiiiiiiiiiii. Malam tadi tengah sedap - sedap mimpi . Tiba - tiba dapat sms. Ingat ape? Rupanya pemberitahuan cuti.  Walaupun aku hanya prebet biasa di sekolah, semua orang dapat dari bos besar. Jadi, maklumat yang samapi adalah betul. Tidak berlaku kecairan di tengah jalan.  Bukan cuti saje - saje, tapi cuti berganti Syukur sangat. Bukan ape, keadaan jerebu ni menyebabkan kesihatan pun terganggu. Sedangkan kita yang dewasa ni terasa kesannya, inikan pula kanak - kanak kecil.  


Thursday 20 June 2013

Jerebu oh Jerebu



Huhu. Sekarang ni, aku rasa seperti duduk di tempat - tempat sejuk. paling cikai pun seperti di Cameron Highlands. Pasal apa?  Yer la, musim jerebu. Suasana pun nampak suram. Bila jerebu, semua aktiviti luar sukar untuk dijalankan. Terutama terhadap murid - murid sekolah. Aktiviti PJ terpaksa dibatalkan. Tahap kesihatan juga makin merosot. Batuk, demam makin banyak. Aku pun tidak terkecuali. Mula batuk - batuk. Bila la keadaan ni nak tamat.  Selalunya, bila jerebu. Mesti ingat Indonesia. Masalah jerebu ni selalu berpunca dari sana. Kali ni, masalah kebakaran tanah di Riau, Indonesia.

Nak dijadikan kisah. Mula - mula aku tak tahu jerebu tengah melanda  Semenajung terutama di Johor,Melaka dan Selangor . Jadi, hari Sabtu lepas, aku kena ambil periksa kat UTM. dalam perjalanan, aku nampak macam kabur jer. Eh, cermin mata aku bermasalah atau mata aku yang bermasalah. Sepanjang perjalanan aku dok berkata - kata dalam hati. Cuma  terpikir jugak, jerebu ker? Tapi, dek asyik pikir macammana la nak jawab soalan Teori, aku  pun buat derk ajer la. Dan yang syioknyer, peperiksaan pun dibatalkan sebab UTM tak ada elektrik. Syiok ker? Tak syiok sebab kena tangguh, debaran bertambah, dan aku pun malas nak ulang kaji. Huhu.

Dan hari ni, aku ada aktiviti luar di bandar Pontian. OMG, keadaan jerebu makin terukkk   bebbbbbbbbb. Patutla aku pun tak sihat.Asyik batuk - batuk. Dan semalan, di Pasir Gudang pun sama jugak. Ada 2 orang murid di sekolah aku lawati demam. Yang syioknya, sekolah ni mempunyai bilik rawatan sakit yang Kelab Dr Muda sediakan sebijik sejibon macam klinik. maksud aku dari susun atur biliknya.  Cg kat situ pun cakap, ramai jugak murid - muridnyer yang demam dan batuk - batuk.

Alhamdulillah, buat masa ni, anak - anak syurga aku tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. Pagi tadi, sempat jugak aku bagi nasihat kat 4 orang anak - anak syurga aku ni masa dalam kereta tentang penjagaan kesihatan masa jerebu. Selepas pot pet, aku pun sajer tanya semula kat diaorang samaada nak bukak tingkap ker pakai aircond. Almaklumlah, kereta aku ni kurang sejuk aircondnya. Dengan pantas jugak, diaorang kata tak payah. Aku bagitau, nanti mereka panas. Tapi, semuanya sibuk kata tak nak. Aku pun sempat jugak pesan supaya kurangkan aktiviti luar. Jaga kesihatan.....



Di Pekan Telok Keraang


Zoomers   Dr Muda ( lihat kuman di tangan dan nyahkan dari tangan  anda!!!)
Temuamah Cg dan lihat pesakit di klinik sekolah. Hebat betul sekolah ni. 
Depan Jalan Pontian Johor
Boleh lihat lagi
Di kawasan pergunungan ker ni????
Jarak penglihatan terhad

Pada jam 1.30 petang. Seharusnya pada tika ini, matahari sepatutnya kelihatan bersinar - sinar menerangi alam

Jerebu makin terukkk .


                                     

Sunday 16 June 2013

Abah, Oh My Dad


Abah,


Engkaulah sumber inspirasiku
Kejayaanku hari ini adalah hasil semangat abah  dan mak

Abah
Sungguhpun 9 tahun engkaau meninggalkan aku dan mak
Tapi, tidak pernah sedetik pun engkau hilang dari memoriku
Tidak pernah walau sekali

Abah
Masih banyak cerita yang ingin aku kongsikan denganmu
Tapi, sayangnya Allah lebih menyanyangi mu lebih daripada segalanya
Jika mak adalah apple bagimu
Aku adalalah your sunshine
Engkau adalah the most precious person in  my life

Abah
Sesungguhnya, hebat sungguh perancangan Allah
Diri ini bersama mak pergi menunaikan rukun ke 5 pada tarikh 18.11.2008 ,  genap 4 tahun engkau pergi
Aku berharap benar agar dapat melihat engkau disana
Tapi...........Tidak dapat.
Sebaliknya.....
Aku ditemukan dengan pakcik jamaludin yang mirip karekternya sama sepertimu, suka pakai baju pagoda
Rupa paras lebih kurang sama dengan engkau
Gemuk gempal sepertimu
Yang isterinya  dduduk di sebelah bilik aku
Yang isterinya sama seperti emak
Menjaga  sabar melayan  karenah suaminya


Abah
Jika orang lain bahagia ada bapanya disisi
Aku juga bahagia
Walaupun aku terpaksa mengingatinya dalam bentuk kenangan
Engkau yang mengajar aku suka akan sains
Engkau yang suka bercerita tentang hal ehwal semasa
Engkau yang suka menjadi suratkhabar bergerak untuk aku
Hingga aku tidak perlu membaca suratkhabar lagi
Engkau  yang selalu menemani aku melihat bintang - bintang dilangit di waktu malam
Engkau yang sanggup mengejutkan aku bangun tidur untuk melihat komet Hyutake
Engkau yang sanggup  berjalan dengan kaki yang sakit untuk membelikan aku sepasang baju yang bertulis USM
Engkau  yang bermacam - macam lagi banyak benda dibuat bersama aku dan mak

Abah
20 tahun tidak cukup untuk bermanja denganmu
20 tahun tidak cukup untuk aku bercerita segala - galanya tentang banyak perkara
Tapi  hanya 20 tahun  itulah yang menjadi kenangan buat aku selama - lamanya

Abah
Semangatmu ku pinjam
Impian engkau untuk aku menjadi selain guru aku penuhkan
Walaupun kini aku telah menjadi guru
Cita - citamu untuk melihat aku sambung master, aku turutkan
Walaupun, kadangkala aku bermain - main semasa belajar
Akan ku penuhi impianmu abah

Abah
Damailah engkau di sana
Sesungguhnya emaklah orang yang aku lihat sentiasa memperbanyakkan sedekah menerusi wang pencenmu
Mudah - mudahan engkau sentiasa mendapat barkahnya
Mudah - mudahan kita sekeluarga bertemu nanti
Alfatihah untuk abah ku  A Latif Ibrahim

Abah,
Engkaulah sumber inspirasiku
Kejayaanku hari ini adalah hasil semangat abah  dan mak

Abah
Sungguhpun 9 tahun engkaau meninggalkan aku dan mak
Tapi, tidak pernah sedetik pun engkau hilang dari memoriku
Tidak pernah walau sekali

Abah
Masih banyak cerita yang ingin aku kongsikan denganmu
Tapi, sayangnya Allah lebih menyanyangi mu lebih daripada segalanya
Jika mak adalah apple bagimu
Aku adalalah your sunshine
Engkau adalah the most precious person in  my life

Abah
Sesungguhnya, hebat sungguh perancangan Allah
Diri ini bersama mak pergi menunaikan rukun ke 5 pada tarikh 18.11.2008 ,  genap 4 tahun engkau pergi
Aku berharap benar agar dapat melihat engkau disana
Tapi...........Tidak dapat.
Sebaliknya.....
Aku ditemukan dengan pakcik jamaludin yang mirip karekternya sama sepertimu, suka pakai baju pagoda
Rupa paras lebih kurang sama dengan engkau
Gemuk gempal sepertimu
Yang isterinya  dduduk di sebelah bilik aku
Yang isterinya sama seperti emak
Menjaga  sabar melayan  karenah suaminya


Abah
Jika orang lain bahagia ada bapanya disisi
Aku juga bahagia
Walaupun aku terpaksa mengingatinya dalam bentuk kenangan
Engkau yang mengajar aku suka akan sains
Engkau yang suka bercerita tentang hal ehwal semasa
Engkau yang suka menjadi suratkhabar bergerak untuk aku
Hingga aku tidak perlu membaca suratkhabar lagi
Engkau  yang selalu menemani aku melihat bintang - bintang dilangit di waktu malam
Engkau yang sanggup mengejutkan aku bangun tidur untuk melihat komet Hyutake
Engkau yang sanggup  berjalan dengan kaki yang sakit untuk membelikan aku sepasang baju yang bertulis USM
Engkau  yang bermacam - macam lagi banyak benda dibuat bersama aku dan mak

Abah
20 tahun tidak cukup untuk bermanja denganmu
20 tahun tidak cukup untuk aku bercerita segala - galanya tentang banyak perkara
Tapi  hanya 20 tahun  itulah yang menjadi kenangan buat aku selama - lamanya

Abah
Semangatmu ku pinjam
Impian engkau untuk aku menjadi selain guru aku penuhkan
Walaupun kini aku telah menjadi guru
Cita - citamu untuk melihat aku sambung master, aku turutkan
Walaupun, kadangkala aku bermain - main semasa belajar
Akan ku penuhi impianmu abah

Abah
Damailah engkau di sana
Sesungguhnya emaklah orang yang aku lihat sentiasa memperbanyakkan sedekah menerusi wang pencenmu
Mudah - mudahan engkau sentiasa mendapat barkahnya
Mudah - mudahan kita sekeluarga bertemu nanti
Alfatihah untuk abah ku  A Latif Ibrahim








Examku di tangguh

Arghhhhh. Sepatutnya hari ini exam aku yang last untuk semester ini.   Tapi, sewaktu sampai di bilik seminar yang dijadikan tempat periksaa, Dr beritau exam dibatalkan. Sebabnya, utm x der karen ari ni.  Mula - mula kitaorang minta diteruskan ajer atau buat ajer diluar. tp Dr kata mana boleh. Tak proper sungguh. Kalo x der aircond boleh pakai kipas. Kalo x der karen, diteruskan jugak mahu kami semua bersauna dalam bilik menjawab soalan. Jawapan kemana, sibuk cakap panas or dok kipas2x. Nampak ghayernya, tak boleh lah lagi aku nak berjimba2x. Hancus rancangan sebab exam ditangguhkan ke hari Sabtu minggu depan. Makin bertambahlah debaran di dada.

Tapi, apabila dilihat dari sudut tve, mungkin Allah nak soh hambanya ni mengulangkaji lagi. Almaklumla, subjek ni terkenal dengan peratus student fail . Jadi, aku ada lah masa untuk ulangkaji walaupun x ulangkaji mana pun. Sem ni agak malas kerana aku punya mood adalah mood nak pergi melancong ajer.melancong naik kapal terbang. Nak pergi Chinalah, Korealah, Jepunlah, Padanglah, Medanlah, Phuketlah, Krabilah ( memang sengal punya tahun ni punya moood). Padahal duit x der.Kui kui. Apalah nasibbbbbbbbbbbbbb.


Jadi, disebabkan tak jadi exam. Aku dengan kawanku ii kak Ros pun bercadang nak pi Kota. Konon2nya nak cari telekung. Nak bisnes telekung. kan nak raya ni. jadi bolehlah tambah pendapatan. mana tau cukup duit nak buat pi Jepun. Kiki ( berangan jer lebihhhhhhhh).  Boleh pulak da 30 minit perjalanan dan aku syiok berbual - bual ngan kak Ros , aku terlupa yang mak aku sedang baca Yassin n berzikir untuk anaknya yang kunun2xnya sedang menjawab exam.Mudah2xan anaknya dipermudahkan menjawab soalan periksa, padahal anaknya sedang bergelak dengan rakannya. Toinkkkkkkkkkk, terus aku telefon mak aku. " Mak,  tengah buat pe" " Tgah baca Yassin" " Mak, sori exam dibatalkan, lupa nak bagitau" " Hurmmmmm, ni kat mana ni?"  " Dalam perjalanan ke Kota Tinggi, nak cari telekung" " Balik cepat"  " Ok ". Nasib baik mak aku tak maraah. Tapi, anaknya yang tak boleh diharapkan. Terlupaa.Mak, minta maaf. anakmu ini betul2x terlupaaaaaa. Namun, itulah kasih seorang ibu. Dari aku kecik sehinggalah besar gajah. Mak selalu baca Yassin dan berzikir setiap kali hendak periksa. Kadangkala, aku terfikir, masih banyak lagi jasa mak yang aku tidak balas. masih banyak lagi impian aku nak bawa mak melancong ke serata dunia tidak tercapai. masih banyak lagi dosa - dosaku pada mak yang mungkin masih tidak terampun lagi. Mak aku adalah yang terbest diduniaaaaaaaaaaaaaaa. I love U makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Sunday 9 June 2013

Gud Luck to Myself. Yessssssss, I can do it




Bismillahirahmanirahim.......

Hari ini aku periksa. Pagi dan petang. Banyak sakit  woooo. Apapun, cuba lah jawah yang terbaik yeeee. . Ujian Supervision dan Statistik.







Thursday 6 June 2013

israk Mikraj dan kisah sampingan aku

Dalam kesibukan menghambat diri, sedar tak sedar hari ni sudah 27 Rejab. Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadan. Ramadan?? Pasti akan terbayang betapa nikmatnya bersolat terawih di masjid. Sungguh,aku tak sabar untuk bersolat terawih. Untung - untung bertemu dengan malam lailatulqadar dan dapat menikmatinya sebaik mungkin.




Back to the main topik, semalam aku dapat panggilan telefon daripada jiran aku. Dia jemput aku ngan mak aku datang ke masjid. ada ceramah israk mikraj. Hah!!!!! Da nak abes Rejab ker ni. Masa ni, aku betul2x dilema, assignment tak siap, baru bajet nak pulun siapkan malam ni. Macam maner niii????? Selepas di +- timbang kati, aku pun kol mak aku yang pegi skola jap: " Mak, Cik Abai kol. Dia jemput datang masjid malam ni. Ada ceramah Israk Mikraj. Kita g sebelum Magrib yer". Mak aku pun kata " Oookkk". Jadi kesimpulannya, aku pun telah pasang niat untuk pergi ke masjid. Pasti ada hikmah kita pergi ke masjid dan terpilih untuk mendengar ceramahnya. Mudah - mudahan hati yang selama ini da berkarat dapat diklorok dengan majlis ilmu. Lagi pun, belum tentu lagi kalo aku tak pergi ceramaah semata - mata nak siapkan assignment tu, akan pasti assignment aku siap pun. lebih baik pegiiiii.

Nak dijadikan cerita, lepas solat Magrib berjemaah, semua orang dijamukan dengan makanan dulu. makan Nasi beriani  berlaukkan ayam, daging dan kambing. Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang bersedekah.   Selepas selesai mengemas dan bersolat jemaah untuk Isyak, barulah ceramah dimulakan. 

Dan pada kali ini, En Enal merangkap jawatankuasa masjid menjemput orang pompuan ke ruangan sebelah. Katanya untuk meramaikan orang. Wahhhh, alangkah terkejutnyer aku, rupa - rupanya kaum lelaki nya tidak ramai. semapat aku kira 19 orang jer campur anak2x. Kaum perempuan pun lebih kurang 15 orang jer. jadi apabila duduk ddi ruangan yang besar, nampak sikit lompong2x. Tak pe lah, mudah - mudahan di majlis akan datang akan ramai lagi yang mendengar kuliah ilmu.

Aku pulak . memang masalah kalo bab - bab agama terutama pasal sirah dan kisah - kisah sebab sesuatu peristiwa berlaku. Tahu tapi tidak diamalkan. Cuma, pada masa ini, apabila dicerita oleh ustaz, banyak juga kelemahan diri yang perlu diperbaiki dari segi solat, selawat, majlis - majlis ilmu. Cuma pada aku, kita seharusnya bersyukur kerana bilangan waktu solat kita cuma 5 waktu. bayanngkanlah sekiranya 50 waktu. Mahu tidak pergi ke mana - mana. Tapi, cukup sempurnakah sembahyang 5 waktu aku ini ? Macammana pulak dengan qadak solat. Sementelah ada waktu uzur syariee. Aku pun kadang - kadang sembahyangnya macam chipsmore masa zaman muda - muda.  Itu belum lagi dikira dengan amalan - amalan lain lagi.  Dosa - dosa mengumpat lagi. Itupun masih tidak sedar. Huhu

Jadi, biasa - biasakan lah diri ini dalam mencari iman di dalam diri ini. Iman yang ada pada diri ini perlulah dipelihara, dibelai sebab kadang - kadang ianya terkeluar pergi berjalan - jalan tanpa kita sedari. Kalau aku sebagai empunya diri tak sedar, makin jauh lah ia berjalan.  Dan harap - harap aku dijauhkan daripada masalah iman ni. 

Dan sebagai penutup untuk luahan perasaan aku ni, Ni aku copy paste daripada website Utusan Melayu (http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130604/ba_01/Perjalanan-Israk-dan-Mikraj )  tentang Israk Mikraj

PERJALANAN ISRAK MIKRAJ

BULAN Rejab selalu dikaitkan dengan peristiwa Israk dan Mikraj. Para ulama berbeza pendapat menentukan tarikh pasti terjadinya peristiwa tersebut. Imam Al-Nawawi sendiri memiliki dua pendapat yang berlainan. Dalam kitab al-Raudah, beliau menegaskan bahawa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab. Sementara dalam kitab Fatawanya, beliau mengatakan peristiwa itu berlaku pada 27 Rabiulawal.

Israk dan Mikraj diriwayatkan dalam pelbagai hadis. Sebahagiannya sahih dan ada juga yang lemah.
Derdasarkan hadis-hadis sahih, peristiwa ini berlaku sebelum hijrah ke Madinah.
Malam itu, baginda berada di rumahnya di Mekah. Jibril AS dan dua orang malaikat lainnya membangunkan baginda. Mereka membawa Buraq, iaitu seekor haiwan yang lebih kecil daripada kuda, lebih besar daripada keldai. Satu langkahnya sejauh mata memandang.
Rasulullah SAW menunggangi Buraq menuju Masjidil Aqsa. Setibanya di masjid, baginda mengikatnya di pintu masjid. Seterusnya baginda masuk ke dalam masjid dan melakukan solat tahiyatul masjid dua rakaat.
Tidak lama kemudian, sebuah mikraj (tangga) di turunkan dari langit. Lalu baginda menaikinya dan terangkat ke langit pertama, kedua dan seterusnya hingga ke langit ketujuh. Di tiap-tiap langit, Rasulullah SAW berjumpa dengan nabi-nabi terdahulu. Antaranya: Adam, Yahya, Isa, Yusuf, Idris, Harun, Musa dan Ibrahim.
Adapun kisah yang mengatakan bahawa Nabi SAW menginjak batu Sakhrah pada masa itu, maka riwayat ini tidak sahih. Demikian penjelasan Syeikh Zahid al-Kauthari dalam Maqalat al-Kauthari.
Rasulullah terus terangkat hingga ke tempat yang sangat tinggi. Beliau diperlihatkan banyak sekali keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah SWT.
Antaranya Sidratul Muntaha, sebuah pokok besar yang ditutupi oleh warna-warni yang sangat indah. Daun-daunnya sebesar telinga gajah dan buahnya seperti kendi Hajar.
Rasulullah turut diperlihatkan Baitul Makmur iaitu kiblat hamba Allah di langit sebagaimana Kaabah yang menjadi kiblat manusia di bumi. Setiap hari 70,000 malaikat masuk ke dalamnya dan tidak keluar lagi. Baginda juga diperlihatkan syurga dan neraka.
Kemuncak perjalanan itu, baginda mengadap Allah SWT. Para ulama berbeza pandangan adakah baginda melihat Allah pada saat itu atau tidak. Lalu Allah menurunkan kewajipan solat 50 waktu. Baginda menerimanya dengan patuh.
Apabila turun, baginda kembali berjumpa dengan Nabi Musa AS di langit kelima. Nabi Musa menyarankan agar baginda meminta keringanan bagi umatnya. Beliau khuatir umat Islam tidak akan mampu melaksanakan kewajipan itu.
Baginda setuju dengan saranan itu, lalu kembali kepada Allah untuk tujuan tersebut.
Setelah lima kali turun naik, Allah SWT mewajibkan solat hanya lima waktu sahaja.
Rasulullah SAW turun kembali ke Masjidil Aqsa, lalu menaiki Buraq ke Mekah. Beliau selamat tiba di rumah awal pagi sebelum matahari terbit.
Baitulmaqdis
Mungkin lahir soalan kenapa Baitulmaqdis menjadi destinasi Israk dan bukan tempat lain?
Baitulmaqdis adalah masjid kedua yang didirikan sebagai rumah ibadat menyembah Allah SWT. Yang pertama ialah Masjidil Haram di Mekah yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.
Masjid Al-Aqsa diasaskan oleh Nabi Yaakub, cucu Nabi Ibrahim. Selang masa antara pembinaan kedua-dua masjid ini adalah 40 tahun.
Abu Zar pernah bertanya kepada Nabi: "Wahai Rasulullah, masjid apa yang pertama kali dibina?" Baginda menjawab: "Masjidil Haram." Abu Zar bertanya lagi: "Lalu masjid apa?"
Rasulullah menjawab: "Al-Masjid al-Aqsa."
"Berapakah selang masa antara (pembinaan) kedua masjid ini?" tanya Abu Zar lagi.
Baginda menjawab: "Empat puluh tahun. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Simbolik
Israk dan Mikraj menyatukan dua masjid pertama di dunia. Kedua-duanya simbolik risalah tauhid yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu.
Kedatangan Rasulullah ke Baitulmaqdis menandakan bahawa Islam adalah lanjutan agama Ibrahim, Yakub, Musa, Isa dan seluruh nabi-nabi sebelumnya. Dan Muhammad adalah nabi terakhir yang menutup seluruh kenabian.
Berkata Ibnu Kathir dalam tafsirnya: "Baitulmaqdis adalah tempat asal nabi-nabi sejak Nabi Ibrahim.
"Itu sebabnya mereka lalu dikumpulkan di sana. Rasulullah SAW mengimami mereka di tempat mereka sendiri. Ini menunjukkan bahawa beliau adalah imam yang terbesar dan pemimpin yang dikedepankan."
l PENULIS sedang menyambung pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Malaya (UM). Sebarang kemusykilan berkaitan ibadah harian boleh diajukan di www.facebook.com/umarmuhammadnoor

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130604/ba_01/Perjalanan-Israk-dan-Mikraj#ixzz2VOXI6qnA
© Utusan Melayu (M) Bhd