Thursday 6 June 2013

israk Mikraj dan kisah sampingan aku

Dalam kesibukan menghambat diri, sedar tak sedar hari ni sudah 27 Rejab. Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadan. Ramadan?? Pasti akan terbayang betapa nikmatnya bersolat terawih di masjid. Sungguh,aku tak sabar untuk bersolat terawih. Untung - untung bertemu dengan malam lailatulqadar dan dapat menikmatinya sebaik mungkin.




Back to the main topik, semalam aku dapat panggilan telefon daripada jiran aku. Dia jemput aku ngan mak aku datang ke masjid. ada ceramah israk mikraj. Hah!!!!! Da nak abes Rejab ker ni. Masa ni, aku betul2x dilema, assignment tak siap, baru bajet nak pulun siapkan malam ni. Macam maner niii????? Selepas di +- timbang kati, aku pun kol mak aku yang pegi skola jap: " Mak, Cik Abai kol. Dia jemput datang masjid malam ni. Ada ceramah Israk Mikraj. Kita g sebelum Magrib yer". Mak aku pun kata " Oookkk". Jadi kesimpulannya, aku pun telah pasang niat untuk pergi ke masjid. Pasti ada hikmah kita pergi ke masjid dan terpilih untuk mendengar ceramahnya. Mudah - mudahan hati yang selama ini da berkarat dapat diklorok dengan majlis ilmu. Lagi pun, belum tentu lagi kalo aku tak pergi ceramaah semata - mata nak siapkan assignment tu, akan pasti assignment aku siap pun. lebih baik pegiiiii.

Nak dijadikan cerita, lepas solat Magrib berjemaah, semua orang dijamukan dengan makanan dulu. makan Nasi beriani  berlaukkan ayam, daging dan kambing. Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang bersedekah.   Selepas selesai mengemas dan bersolat jemaah untuk Isyak, barulah ceramah dimulakan. 

Dan pada kali ini, En Enal merangkap jawatankuasa masjid menjemput orang pompuan ke ruangan sebelah. Katanya untuk meramaikan orang. Wahhhh, alangkah terkejutnyer aku, rupa - rupanya kaum lelaki nya tidak ramai. semapat aku kira 19 orang jer campur anak2x. Kaum perempuan pun lebih kurang 15 orang jer. jadi apabila duduk ddi ruangan yang besar, nampak sikit lompong2x. Tak pe lah, mudah - mudahan di majlis akan datang akan ramai lagi yang mendengar kuliah ilmu.

Aku pulak . memang masalah kalo bab - bab agama terutama pasal sirah dan kisah - kisah sebab sesuatu peristiwa berlaku. Tahu tapi tidak diamalkan. Cuma, pada masa ini, apabila dicerita oleh ustaz, banyak juga kelemahan diri yang perlu diperbaiki dari segi solat, selawat, majlis - majlis ilmu. Cuma pada aku, kita seharusnya bersyukur kerana bilangan waktu solat kita cuma 5 waktu. bayanngkanlah sekiranya 50 waktu. Mahu tidak pergi ke mana - mana. Tapi, cukup sempurnakah sembahyang 5 waktu aku ini ? Macammana pulak dengan qadak solat. Sementelah ada waktu uzur syariee. Aku pun kadang - kadang sembahyangnya macam chipsmore masa zaman muda - muda.  Itu belum lagi dikira dengan amalan - amalan lain lagi.  Dosa - dosa mengumpat lagi. Itupun masih tidak sedar. Huhu

Jadi, biasa - biasakan lah diri ini dalam mencari iman di dalam diri ini. Iman yang ada pada diri ini perlulah dipelihara, dibelai sebab kadang - kadang ianya terkeluar pergi berjalan - jalan tanpa kita sedari. Kalau aku sebagai empunya diri tak sedar, makin jauh lah ia berjalan.  Dan harap - harap aku dijauhkan daripada masalah iman ni. 

Dan sebagai penutup untuk luahan perasaan aku ni, Ni aku copy paste daripada website Utusan Melayu (http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130604/ba_01/Perjalanan-Israk-dan-Mikraj )  tentang Israk Mikraj

PERJALANAN ISRAK MIKRAJ

BULAN Rejab selalu dikaitkan dengan peristiwa Israk dan Mikraj. Para ulama berbeza pendapat menentukan tarikh pasti terjadinya peristiwa tersebut. Imam Al-Nawawi sendiri memiliki dua pendapat yang berlainan. Dalam kitab al-Raudah, beliau menegaskan bahawa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab. Sementara dalam kitab Fatawanya, beliau mengatakan peristiwa itu berlaku pada 27 Rabiulawal.

Israk dan Mikraj diriwayatkan dalam pelbagai hadis. Sebahagiannya sahih dan ada juga yang lemah.
Derdasarkan hadis-hadis sahih, peristiwa ini berlaku sebelum hijrah ke Madinah.
Malam itu, baginda berada di rumahnya di Mekah. Jibril AS dan dua orang malaikat lainnya membangunkan baginda. Mereka membawa Buraq, iaitu seekor haiwan yang lebih kecil daripada kuda, lebih besar daripada keldai. Satu langkahnya sejauh mata memandang.
Rasulullah SAW menunggangi Buraq menuju Masjidil Aqsa. Setibanya di masjid, baginda mengikatnya di pintu masjid. Seterusnya baginda masuk ke dalam masjid dan melakukan solat tahiyatul masjid dua rakaat.
Tidak lama kemudian, sebuah mikraj (tangga) di turunkan dari langit. Lalu baginda menaikinya dan terangkat ke langit pertama, kedua dan seterusnya hingga ke langit ketujuh. Di tiap-tiap langit, Rasulullah SAW berjumpa dengan nabi-nabi terdahulu. Antaranya: Adam, Yahya, Isa, Yusuf, Idris, Harun, Musa dan Ibrahim.
Adapun kisah yang mengatakan bahawa Nabi SAW menginjak batu Sakhrah pada masa itu, maka riwayat ini tidak sahih. Demikian penjelasan Syeikh Zahid al-Kauthari dalam Maqalat al-Kauthari.
Rasulullah terus terangkat hingga ke tempat yang sangat tinggi. Beliau diperlihatkan banyak sekali keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah SWT.
Antaranya Sidratul Muntaha, sebuah pokok besar yang ditutupi oleh warna-warni yang sangat indah. Daun-daunnya sebesar telinga gajah dan buahnya seperti kendi Hajar.
Rasulullah turut diperlihatkan Baitul Makmur iaitu kiblat hamba Allah di langit sebagaimana Kaabah yang menjadi kiblat manusia di bumi. Setiap hari 70,000 malaikat masuk ke dalamnya dan tidak keluar lagi. Baginda juga diperlihatkan syurga dan neraka.
Kemuncak perjalanan itu, baginda mengadap Allah SWT. Para ulama berbeza pandangan adakah baginda melihat Allah pada saat itu atau tidak. Lalu Allah menurunkan kewajipan solat 50 waktu. Baginda menerimanya dengan patuh.
Apabila turun, baginda kembali berjumpa dengan Nabi Musa AS di langit kelima. Nabi Musa menyarankan agar baginda meminta keringanan bagi umatnya. Beliau khuatir umat Islam tidak akan mampu melaksanakan kewajipan itu.
Baginda setuju dengan saranan itu, lalu kembali kepada Allah untuk tujuan tersebut.
Setelah lima kali turun naik, Allah SWT mewajibkan solat hanya lima waktu sahaja.
Rasulullah SAW turun kembali ke Masjidil Aqsa, lalu menaiki Buraq ke Mekah. Beliau selamat tiba di rumah awal pagi sebelum matahari terbit.
Baitulmaqdis
Mungkin lahir soalan kenapa Baitulmaqdis menjadi destinasi Israk dan bukan tempat lain?
Baitulmaqdis adalah masjid kedua yang didirikan sebagai rumah ibadat menyembah Allah SWT. Yang pertama ialah Masjidil Haram di Mekah yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.
Masjid Al-Aqsa diasaskan oleh Nabi Yaakub, cucu Nabi Ibrahim. Selang masa antara pembinaan kedua-dua masjid ini adalah 40 tahun.
Abu Zar pernah bertanya kepada Nabi: "Wahai Rasulullah, masjid apa yang pertama kali dibina?" Baginda menjawab: "Masjidil Haram." Abu Zar bertanya lagi: "Lalu masjid apa?"
Rasulullah menjawab: "Al-Masjid al-Aqsa."
"Berapakah selang masa antara (pembinaan) kedua masjid ini?" tanya Abu Zar lagi.
Baginda menjawab: "Empat puluh tahun. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Simbolik
Israk dan Mikraj menyatukan dua masjid pertama di dunia. Kedua-duanya simbolik risalah tauhid yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu.
Kedatangan Rasulullah ke Baitulmaqdis menandakan bahawa Islam adalah lanjutan agama Ibrahim, Yakub, Musa, Isa dan seluruh nabi-nabi sebelumnya. Dan Muhammad adalah nabi terakhir yang menutup seluruh kenabian.
Berkata Ibnu Kathir dalam tafsirnya: "Baitulmaqdis adalah tempat asal nabi-nabi sejak Nabi Ibrahim.
"Itu sebabnya mereka lalu dikumpulkan di sana. Rasulullah SAW mengimami mereka di tempat mereka sendiri. Ini menunjukkan bahawa beliau adalah imam yang terbesar dan pemimpin yang dikedepankan."
l PENULIS sedang menyambung pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Malaya (UM). Sebarang kemusykilan berkaitan ibadah harian boleh diajukan di www.facebook.com/umarmuhammadnoor

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130604/ba_01/Perjalanan-Israk-dan-Mikraj#ixzz2VOXI6qnA
© Utusan Melayu (M) Bhd 














No comments:

Post a Comment