Thursday 20 June 2013

Jerebu oh Jerebu



Huhu. Sekarang ni, aku rasa seperti duduk di tempat - tempat sejuk. paling cikai pun seperti di Cameron Highlands. Pasal apa?  Yer la, musim jerebu. Suasana pun nampak suram. Bila jerebu, semua aktiviti luar sukar untuk dijalankan. Terutama terhadap murid - murid sekolah. Aktiviti PJ terpaksa dibatalkan. Tahap kesihatan juga makin merosot. Batuk, demam makin banyak. Aku pun tidak terkecuali. Mula batuk - batuk. Bila la keadaan ni nak tamat.  Selalunya, bila jerebu. Mesti ingat Indonesia. Masalah jerebu ni selalu berpunca dari sana. Kali ni, masalah kebakaran tanah di Riau, Indonesia.

Nak dijadikan kisah. Mula - mula aku tak tahu jerebu tengah melanda  Semenajung terutama di Johor,Melaka dan Selangor . Jadi, hari Sabtu lepas, aku kena ambil periksa kat UTM. dalam perjalanan, aku nampak macam kabur jer. Eh, cermin mata aku bermasalah atau mata aku yang bermasalah. Sepanjang perjalanan aku dok berkata - kata dalam hati. Cuma  terpikir jugak, jerebu ker? Tapi, dek asyik pikir macammana la nak jawab soalan Teori, aku  pun buat derk ajer la. Dan yang syioknyer, peperiksaan pun dibatalkan sebab UTM tak ada elektrik. Syiok ker? Tak syiok sebab kena tangguh, debaran bertambah, dan aku pun malas nak ulang kaji. Huhu.

Dan hari ni, aku ada aktiviti luar di bandar Pontian. OMG, keadaan jerebu makin terukkk   bebbbbbbbbb. Patutla aku pun tak sihat.Asyik batuk - batuk. Dan semalan, di Pasir Gudang pun sama jugak. Ada 2 orang murid di sekolah aku lawati demam. Yang syioknya, sekolah ni mempunyai bilik rawatan sakit yang Kelab Dr Muda sediakan sebijik sejibon macam klinik. maksud aku dari susun atur biliknya.  Cg kat situ pun cakap, ramai jugak murid - muridnyer yang demam dan batuk - batuk.

Alhamdulillah, buat masa ni, anak - anak syurga aku tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. Pagi tadi, sempat jugak aku bagi nasihat kat 4 orang anak - anak syurga aku ni masa dalam kereta tentang penjagaan kesihatan masa jerebu. Selepas pot pet, aku pun sajer tanya semula kat diaorang samaada nak bukak tingkap ker pakai aircond. Almaklumlah, kereta aku ni kurang sejuk aircondnya. Dengan pantas jugak, diaorang kata tak payah. Aku bagitau, nanti mereka panas. Tapi, semuanya sibuk kata tak nak. Aku pun sempat jugak pesan supaya kurangkan aktiviti luar. Jaga kesihatan.....



Di Pekan Telok Keraang


Zoomers   Dr Muda ( lihat kuman di tangan dan nyahkan dari tangan  anda!!!)
Temuamah Cg dan lihat pesakit di klinik sekolah. Hebat betul sekolah ni. 
Depan Jalan Pontian Johor
Boleh lihat lagi
Di kawasan pergunungan ker ni????
Jarak penglihatan terhad

Pada jam 1.30 petang. Seharusnya pada tika ini, matahari sepatutnya kelihatan bersinar - sinar menerangi alam

Jerebu makin terukkk .


                                     

No comments:

Post a Comment