Sunday 16 June 2013

Examku di tangguh

Arghhhhh. Sepatutnya hari ini exam aku yang last untuk semester ini.   Tapi, sewaktu sampai di bilik seminar yang dijadikan tempat periksaa, Dr beritau exam dibatalkan. Sebabnya, utm x der karen ari ni.  Mula - mula kitaorang minta diteruskan ajer atau buat ajer diluar. tp Dr kata mana boleh. Tak proper sungguh. Kalo x der aircond boleh pakai kipas. Kalo x der karen, diteruskan jugak mahu kami semua bersauna dalam bilik menjawab soalan. Jawapan kemana, sibuk cakap panas or dok kipas2x. Nampak ghayernya, tak boleh lah lagi aku nak berjimba2x. Hancus rancangan sebab exam ditangguhkan ke hari Sabtu minggu depan. Makin bertambahlah debaran di dada.

Tapi, apabila dilihat dari sudut tve, mungkin Allah nak soh hambanya ni mengulangkaji lagi. Almaklumla, subjek ni terkenal dengan peratus student fail . Jadi, aku ada lah masa untuk ulangkaji walaupun x ulangkaji mana pun. Sem ni agak malas kerana aku punya mood adalah mood nak pergi melancong ajer.melancong naik kapal terbang. Nak pergi Chinalah, Korealah, Jepunlah, Padanglah, Medanlah, Phuketlah, Krabilah ( memang sengal punya tahun ni punya moood). Padahal duit x der.Kui kui. Apalah nasibbbbbbbbbbbbbb.


Jadi, disebabkan tak jadi exam. Aku dengan kawanku ii kak Ros pun bercadang nak pi Kota. Konon2nya nak cari telekung. Nak bisnes telekung. kan nak raya ni. jadi bolehlah tambah pendapatan. mana tau cukup duit nak buat pi Jepun. Kiki ( berangan jer lebihhhhhhhh).  Boleh pulak da 30 minit perjalanan dan aku syiok berbual - bual ngan kak Ros , aku terlupa yang mak aku sedang baca Yassin n berzikir untuk anaknya yang kunun2xnya sedang menjawab exam.Mudah2xan anaknya dipermudahkan menjawab soalan periksa, padahal anaknya sedang bergelak dengan rakannya. Toinkkkkkkkkkk, terus aku telefon mak aku. " Mak,  tengah buat pe" " Tgah baca Yassin" " Mak, sori exam dibatalkan, lupa nak bagitau" " Hurmmmmm, ni kat mana ni?"  " Dalam perjalanan ke Kota Tinggi, nak cari telekung" " Balik cepat"  " Ok ". Nasib baik mak aku tak maraah. Tapi, anaknya yang tak boleh diharapkan. Terlupaa.Mak, minta maaf. anakmu ini betul2x terlupaaaaaa. Namun, itulah kasih seorang ibu. Dari aku kecik sehinggalah besar gajah. Mak selalu baca Yassin dan berzikir setiap kali hendak periksa. Kadangkala, aku terfikir, masih banyak lagi jasa mak yang aku tidak balas. masih banyak lagi impian aku nak bawa mak melancong ke serata dunia tidak tercapai. masih banyak lagi dosa - dosaku pada mak yang mungkin masih tidak terampun lagi. Mak aku adalah yang terbest diduniaaaaaaaaaaaaaaa. I love U makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

No comments:

Post a Comment