Thursday 31 January 2013

Khamis

Harap - harap hari ini aku akan lebih bersemangat, bertenaga daripada hari semalam. Plan untuk hari ini

-cover folio KH
-senarai semak KSSR
-RPI murid
-portfolio murid aku                              
-gambar murid di touch up
-jadual waktu kelas dicantikkan lagi



Thursday 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul dan lintasan coretanku




Rasanya, masih tidak terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat maulidur rasul. Tanda ingatan kita  pada Nabi Muhammad S.A.W bukan sahaja pada hari ini. Tetapi pada setiap hari, setiap detik, setiap nafas. Dan, ianya membuatkan aku terkenang akan bumi Madinah di mana letaknya makam Rasulullah. Membuatkan aku terasa untuk terus tinggal di sana agar dapat bersembahyang di Raudah pada setiap hari. Membuatkan aku terasa ingin menjadi salah seorang daripada penduduk Madinah.  Membuatkan aku terasa betapa nikmatnya menikmati air zam - zam secara percuma dan puas minum tanpa halangan. Membuatkan aku masih terasa kedinginan sejuk sewaktu bersolat subuh di luar masjid. Membuatkan aku teringat tentang panasnya cuaca di tengahari mendengar khutbah Jumaat pada tahun 2008 yang mana pada masa itu pembinaan payung masih lagi belum siap dan hanya siap pada bahagian lelaki sahaja. Menyebabkan aku terfikir bagaimanalah nanti di akhirat kelak kiranya panas di dunia ini sudah terasa, bagaimana pula nanti di hari kebangkitan semua umat.  Dan pada Jun 2012, aku mendapati  telah siap pembinaan payung di kawasan masjid.






Dan sesungguhnya aku benar benar mengharapkan akan ada peluang aku untuk menjejak kaki ke Madinah dan Makkah  berulang - ulang kali .



** nota kaki : semua gambo aku cilok dari web disebabkan gambo yg aku snap dalam xternal hard disk

Tuesday 22 January 2013

Pemantauan PdP dan Latihan Praktikum





Huhu. Semalam aku telah selamat dipantau oleh GPK HEM aku. Walaupun pernah dipantau, tapi masih lagi berdebar - debar. Memikirkan bagaimana cara untuk mengajar dengan berkesan walaupun sebenarnya ada memikirkan penilaian markah yang diperoleh. Aku pilih untuk mengajar kemahiran hidup jahitan. Alhamdulillah anak - anak murid aku memberi kerjasama  yang baik. Kenapa aku pilih subjek jahitan? Walaupun di dalam kelas aku ada 3 orang murid perempuan dan 4 orang lelaki? Sebabnya, buat masa sekarang subjek ini masih mudah di peringkat awal. Apabila bulan semakin bertambah, semakin sukar sedikit kemahiran yang perlu di pelajari. Subjek lain? Ada jugak, tetapi mungkin bukan masa ini. tapi untuk pemantauan ke 2 pada bulan 8. Dengan guru besar. Auwwwwww. Lagilah menyeramkan aku. dup dap dup dap jantung aku.

Berkaitan hal PdP ni pulak, sebenarnya aku sangat berterima kasih pada pensyarah praktikum aku waktu tahun 2011. Nama  dia Tn Hj Hamdan. Banyak yang aku belajar daripada dia dari segi mengawal kelas, mengambil kira minat murid, memberi ruang murid untuk bebas berkreativiti. Aku masih ingat lagi, masa di observe subjek KH ini, ada seorang anak murid aku melunjur kaki sebab kita orang duduk di bawah. Aku suruh dia bersila semula kerana  pada aku, dia tidak hormat. Tetapi Tn Hamdan suruh aku benarkan murid aku yang namanya Hidayah melunjur kaki. Katanya tak ape. Dari situ, setiap kali belajar KH, kalo anak murid aku melunjur kaki sewaktu menjahit kerana kelenguhan, aku membenarkannya. Dengan syarat, tidak menghala ke arah kawan - kawan atau kata lain, melunjur kaki ke arah tempat yang tiada orang.



Pemantauan  guru mengajar ini penting, sebab dari situ boleh dinilai bagaimana cara seseorang guru mengajar, cara mengendalikan murid.  Ye lah, waktu praktikum selalunya  memang wajib kita membuat persediaan rapi mengajar bermula dari peringkat set induksi sehingga penutup dan perlu mengikut masa. Sekiranya masa yang diperuntukkan adalah 1 jam. Perlu dirancang dengan teliti. Penulisan RPH pun panjang, siap BBM berbagai warna sampai kekeringan idea. Tapi, kadangkala setelah menjadi guru, aku ( rujuk diri sendiri), kadangkala dan selakunya sering abaikan cara mengajar sebagaimana waktu praktikum.

Satu lagi. Semalam ada 2 orang cikgu praktikum dari IPTI masuk sekolah aku. Waktu dia perkenalkan diri dan sesi kenal - kenal bersama murid dan guru - guru. Aku pun sempat la bertanya tentang siapa pensyarah praktikum diaorang. "Sapa pensyarah praktikum korang ek?" Nak tau diaorang jawab apa " En Hamdan " . Aku  tanya balik  " En Hamdan Z. A ke?" Diaorang "Haah". Aku dan rakan - rakan " Itu pensyarak praktikum akak / kuntum!!" . Huhu, tak sangka jumpa balik semula pensyarah aku.

Terus terang aku katakan, waktu praktikum ini lah banyak ilmu yang aku dapat. Sewaktu di observe, sesekali pensyarah aku akan menyelitkan apa yang perlu aku lakukan sekiranya situasinya begini / begitu. Masih lagi aku ingat, waktu kali pertama pemantauan, aku soh budak nyanyi lagi secara duduk. Lagu rama - rama. Dia soh aku stop sekejap, soh budak bangun dan lakukan pergerakan sebagai terapi. Dari situlah, kalo ada ape2x yang boleh membuatkan murid aku melakukan pergerakan dalam aktiviti Pdp, aku terefleks balik pada dia. Terima kasih En Hamdan. Stail dia yang suka soal tiba - tiba , juga telah membuatkan perasaan nerbes aku hilang.

Apapun, harap - harap cikgu cikgu praktikum ni dapat belajar sesuatu di sini / kelas dan juga bimbingan pensyarah. Hari ini, rasanya pembahagian jadual waktu kelas. nampak ghaya, aku kene adjust balik semua jadual guru. Mana - mana yang tidak berkenan dengan jadual waktu sekarang, boleh la bagitau aku untuk buat pertukaran. Waktu lain, aku tak mahu buat, sebab sakit kepala memikirkan waktu sesuai. Semua benda  kena ambil kira untuk pastikan setiap org punya waktu rehat / persiapan untuk kelas seterusnya. Pematuhan waktu instruktional amatah dipentingkan.




Friday 18 January 2013

Dua Mood

First mood ari ni. Sedih. Mostly nak cakap pada diri sendiri . PADAN MUKA!!!!. Sapa suruh cari hal. Kan diri sendiri dah sengsara. Jadikan ia sebagai peringatan kepada diri sendiri. Sendiri mau ingat yer Cik Kuntum. Sendiri cari pasal, sendiri tanggung.

Mood kedua ; so - so. Ari ni baru tau dapat supervisor mana. Jadi, mulai sekarang kena selidik cara bekerja supervisor ni macammana. Tapi, yang pasti, dia orang bahagian leadership. Gambatte

Wednesday 16 January 2013

Bengang!! dan Bersabar



Talian internet dan telefon rumah aku dah hampir 3 minggu tak boleh digunakan. Bila streamyx tak der, semua urusan jadi lembabbbbbb. Aku dah buat report kat TM sebanyak 3 kali. Kali pertama, report tak di hantar. Kali ke 2, report hantar , tapi technician kata tak der apa2x masalah. Patutnya pergilah ke rumah customer periksa kat dalamm. Ni kat luar ajer. Kalo telefon boleh  jugak. Ni da masuk kali ke 3. Aku nak tunggu sampai hari ini.Ada tak datang. Ni asyik cakap, report anda akan diambilbalas dalam masa 24 jam. tapi habuk pun tak der.



Setakat ni macam boleh kontrol lagi suara masa bercakap. tak tau la lain kali.Ohhh Sabar, bagilah aku kesabaran yang tinggiiiiiiiiiiiiiiii.

 
Nasib baik ada maxis Broadband. Walaupun semput macam kura - kura, boleh la pakai di rumah. Tapi, lebih kepada tak boleh sebenarnyaa






Monday 14 January 2013

Hari ini Hari Isnin

Ohhhhhhhhhhh. Hari Isnin. Mood masih mood nak bercuti setelah kepenatan menjawab soalan exam Pengurusan Sekolah hari sabtu. Hari Ahad pulak, mengemas dan mengemop rumah dari pagi sampai petang. Penatnyer. Please give me extra day to relax.


 Tapi, tapi amanah yang telah diberi, tak boleh di pandang sepi. Jom pi jumpa anak2x syurga.....





Perancangan hari ini : pergi pejabat perumahan. Minta2x ada rumah kosong lagi iaitu rumah yang aku nak tu. Sebabnya, taman tu da siap, cuma tinggal 4 kosong. Harga rumah ni  RM155K. Sekarang rumah banyak mahal. Nak beli yang rumah secondhand pun, harga lebih kurang sama.  Kalau ada rezki, insyaAllah dapat. Kalau tiada, maknanya rumahku bukan di sini, ada di tempat lain.Cuma yang untungnya rumah ni, di belakang surau. Senang nak dengar azan. Dan yang paling penting, setahu aku kariah masjid taman sebelah tu aktif dengan aktiviti kemasyarakatan. 

contoh rekabentuk, cilok Mr Google

Wednesday 9 January 2013

Kerana Mulut Santan Binasa

Arghhhhhhhhhhhhhh. Kenapa hidup ini sering dimanipulasikan oleh orang. Hanya kerana nak dapatkan satu benda, mungkin fakta akan di tunggang terbalikkan. Sepatutnya, aku kena berdiam diri dari awal. Tak payah campur. Tapi, aku tak pernah beritahu kat sesiapa pun. Cuma berbual biasa jer, sebab ianya lebih kepada pemberitahuan  umum. Sebab, aku masih ingat lagi pengalaman lepas, yang sampai mati takkan aku lupakan. Tapi, aku dapat rasakan ayat aku dimanipulasikan oleh orang yang tengah terdesak ni.



Fasa 1 dan Setengah

Baru siap mengisi maklumat borang kebenaran ke luar negara. Walaupun aku pergi bulan 3 waktu cuti sekolah, lebih baik aku siapkan awal - awal. Pengalaman lepas, borang permohonan aku menunaikan umrah kena reject sebab ketua aku tertinggal satu perkataan jer yang bawa signifikan besar. Tapi, Alhamdulillah berjaya jugak, cuma aku kena hantar sendiri la ke jabatan. Jadi, untuk tahun ni, hantar awal untuk mudahkan urusan aku. tak payah kelam kabut nanti.

Ke mana yer aku nak pergi???? Hehe. Disebabkan aku taksub ngan citer korea, jadi aku berhajat nak pergi ke sana. First time nak pi sana  InsyaAllah bulan 3 ni. . Aku pergi ke sana ikut pakej backpacker yang di tawarkan oleh Halim, penyanyi nasyid Devotee. Kalo ikut perancangan asal, patutnya aku nak pergi sama kawan aku, Iza. Tapi, oleh sebab dia ada hal. Nampak ghaya, aku kena pergi dulu la. Ohh Iza, kalo ko pergi sekali mesti best. Dah 2 kali aku pergi dengan dia. First, masa backpacker ke Singapore. Pastu pergi umrah.



Tiket sudah ku tempah. Teringin jugak nak naik sampan ke sana.. Tapi, tak kan ku buat. Hehe. Aku pergi naik pesawat  aje. Pesawat ape?. Sudah tentulah  Air Asia.



Nak pergi sana? Sudah tentu aku memerlukan Pasport. Pasport ini ibarat nyawa yang membolehkan kita masuk ke sesebuah negara kecuali Israel  ( x sah paspot kite di gunakan di sana). Nak dijadikan cerita, ada peristiwa sengal  pasal pasport ni.  Alkisahnya, pasport aku ni dah nak tamat tempoh, last guna bulan 6 tahun lepas masa buat umrah. Nak pergi jalan bulan 3 tahun 2012, pasport mati tamat tempoh bulan 2 tahun 2013 ( itu lah yang aku ingat).  Jadi, bulan 12 waktu cuti sekolah, aku pun bercadang nak lah renew. Cari - cari pasport tak jumpa. Tapi tak ambil peduli lagik. Ingatkan tak der ape2x masalah.  Pegi ajer kat imegresen cakap ajer paspot hilang. Tapi, dalam pada tu ada lah sikit2x perasaan risau melanda aku. Jadi,  aku surfla kat internet, tengok macam mana nak buat bile paspot x der.  Alamak, kene report polis dan macam2x benda kena buat. Terus hormon adrenalin aku meningkat. Puas aku cari kat dalam bilik, selongkar beg.Tak jumpa. Rasa2x macam dah bakar jer, sebab seminggu sebelum tu aku buat pembersihan barang - barang tak pakai. Beg kecik yang aku dapat masa pergi umrah, aku dah buang. Masa tu rasanya ada pasport tu. Aku belek2x. Tapi, aku x ingat apa jadi selepas tu. Malas nak fikir pening - pening dan tingkatkan hormon adrenalin aku lagik, terus  aku  telefon sepupu aku yang kerja imegresen . Tanya macam mana nak buat kalau pasport aku hilang. Dia kata kene report polis dan sepatutnya kena jaga macam IC. Hahhhhhhhhhhhh!!! Baru aku tau betapa pentingnya pasport tu. Masa tuu la aku terasa betapa sengal, dan bodohnya aku tak tahu dan ambil peduli. Nak menangis bebbbbbbbb. Tiket da beli seyhhh. Tapi pasport ada masalah. Takkan nak burn  gitu aje. Aku bukan orang kaya yang banyak duit macam duit yang ada daplam permainan saidina atau monopoli tu. Sepupu aku suruh pegi renew pasport  lepas tamat tempoh . Masalahnya, aku ingat2x lupa bila pasport aku mati  tamat tempoh.  Rasa - rasa macam bulan Februari 2013. Sepupu aku Asan  kata untuk senangkan urusan, sebab nanti kena buka fail, ada soal2x la. Parah - parahhhhhh nasib. Oleh sebab tak puas hati dan takut tak dapat pergi, maka, aku pun mulakan sekali lagi operasi membongkar segala khazanah di setiap buku, beg dan fail aku. Jeng - jeng, nasib baik pasport aku elok terselit dalam fail di celah - celah sijil aku. Terus aku buat sujud syukur. Selamat........., masih ada . Apa lagi, aku pun pergi lah merenewkannya pada keesokan pada minggu seterusnya lantaran busy tahap menteri. Settle sudah masalah pasport aku. Cuma pesanan aku ---> Jagalah pasport korang sebaik - baiknya . Jangan hilangkan dan letak bersepah seperti aku selagi belum tamat tempoh dan digunting sebagai tanda tidak sah di gunakan.



Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Jauhkanlah dari sebarang kesulitan. Janganlah aku kena buat presentation waktu cuti sekolah nanti, sesungguhnya aku benar - benar berhajat untuk pergi ke Korea. Aminnnnnnn

##** Nota kaki : semua gambar dicilok dari En Google.

Monday 7 January 2013

One More Exam Paper

Huhu. Tadi petang aku sudah selesai exam. Pergh, soalannya betul betul mencabar minda. Soalan kualitatif  bahagian esei etul - betul aku goreng kasi macam - macam rasa. Blurr pun ada. Tawakal. Next paper, sabtu depan. School Management, kene study awal.


Saturday 5 January 2013

Exam Mood

Ari ni, aku dah tamat satu paper. Asas Pengurusan Sumber Manusia. Pergh, sakit kepala jugak nak menjawabnya. Esok, Research Methods in Education. Lagi haru subject ni. Baca2x, tapi tak faham2x. Apa aku nak buat ni????? Nak tembak objektif memang boleh. Tapi esei? Tak boleh tembak. Terlopong lah kalo tak tau. 3 jam tu periksanya. Sekarang situasi aku seperti ni walaupun masih lagi muda. Sakit kepala bebbbbb.
Cik Kuntum tengah stress ulangkaji


Cukup masa karang, tak kira walaupun taufan melanda. Aku tetap perlukan rehat. Supaya otak aku tak perlu terlalu biul memahami soalan peperiksaan.

Walaubagaimanapun, untuk exam hari esok. Aku masih lagi berharap kejayaan akan menjadi milik aku dan rakan - rakan.Aminnnnnnnnnnnnnn
Good Luck  to Cik Kuntum, Kak Aliya, Aida, Kak Jo, Maz  and  other  friends

Friday 4 January 2013

Hotel Budget?

Hurmmm. sebelum ni, aku berangan nak bukak stesen minyak kat kg aku. sebabnya, kat sini, kalo orang nak beli minyak kena pergi bandar. lebih kurang 30 km  untuk beli dalam kuantiti yang banyak. setakatkedai kecik, boleh untuk menampung kegunaan motor sahaja. Itulah cita - cita aku dari pertengahan sekolah menengah. MALANGNYA, aku pun belum cukup kaya dan ada modal, tambahan pula ada hamba Allah yang lagi kaya.telah membina stesyen minyak. sekarang ni, tak payah nak pergi bandar beli, kat kg dah ader. sape sangka bandar permas ada stesyen minyak. tambahan pulak, dah ada janakuasa arang batu .

* aku cilok dari google search yer
Tadi, aku berbual2x la dengan penyelaras aku ni yang namanya Kak Mas. Pada aku,  briliant juga idea dia ni. Buat Hotel Budget. Impressive. Kat sini ada homestay sahaja dan chalet. Kitaorang berbual pasal lokasi, dekat dengan sekolah menengah, tepi jalan. lokasi memang cantikkkkkkkk punya. Tapi, rumah kedai tu dan perumahan tersebut tak der orang duduk. Bayangkanlah, sejak aku umur 12 tahun, proses membinanya dilakukan sampailah aku dah nak masuk 30 series ni . tak der apa - apa lagi. 

Bila fikir - fikirkan, kalaulah aku ada modal , nak jugak aku invest buat hotel budget. Setakat 7 / 8 bilik sudahlah. Depa kalau nak pergi ke Kukup atau Tg Piai mesti nampak  hotel budget impian aku ni dulu. Dan kalo boleh aku nak namakan Hotel Budget Si Kuntum Renjongs. InsyaAllah, akan aku usahakan lokasi strategik yang lain jugak.

## Ini adalah angan - angan mat jeninku.




Jumaat

hoho. Jumaat sudah tiba. Esok Sabtu. Seterusnya Ahad. Maka, aku akan mula berperang dengan pepriksaan. Huarghhhhhhhhhh takutnya. boleh jawab ke tidak .. Yes... I can do it. Please tell to yourself. U can do it better than previous exam.

Jumaat penghulu segala hari. Di dalamnya ada satu detik di mana Allah memakbulkan doa hambanya. Mudah  - mudahan kita semua berjumpa dengan detik itu.


Thursday 3 January 2013

Anak - anak syurga

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dalam mendidik anak - anak syurga ini dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan apa apa balasan. Sesungguhnya, aku mahu mencari rezeki yang halal dan berkah. Jauhkanlah aku dari curi tulang sewaktu bekerja.