Thursday 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul dan lintasan coretanku




Rasanya, masih tidak terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat maulidur rasul. Tanda ingatan kita  pada Nabi Muhammad S.A.W bukan sahaja pada hari ini. Tetapi pada setiap hari, setiap detik, setiap nafas. Dan, ianya membuatkan aku terkenang akan bumi Madinah di mana letaknya makam Rasulullah. Membuatkan aku terasa untuk terus tinggal di sana agar dapat bersembahyang di Raudah pada setiap hari. Membuatkan aku terasa ingin menjadi salah seorang daripada penduduk Madinah.  Membuatkan aku terasa betapa nikmatnya menikmati air zam - zam secara percuma dan puas minum tanpa halangan. Membuatkan aku masih terasa kedinginan sejuk sewaktu bersolat subuh di luar masjid. Membuatkan aku teringat tentang panasnya cuaca di tengahari mendengar khutbah Jumaat pada tahun 2008 yang mana pada masa itu pembinaan payung masih lagi belum siap dan hanya siap pada bahagian lelaki sahaja. Menyebabkan aku terfikir bagaimanalah nanti di akhirat kelak kiranya panas di dunia ini sudah terasa, bagaimana pula nanti di hari kebangkitan semua umat.  Dan pada Jun 2012, aku mendapati  telah siap pembinaan payung di kawasan masjid.






Dan sesungguhnya aku benar benar mengharapkan akan ada peluang aku untuk menjejak kaki ke Madinah dan Makkah  berulang - ulang kali .



** nota kaki : semua gambo aku cilok dari web disebabkan gambo yg aku snap dalam xternal hard disk

No comments:

Post a Comment